Kemesraan dan ‘chemistry’ hero dan heroin dalam drama memang penting, barulah drama yang dilakonkan akan nampak lebih ‘real’. Mungkin itu juga yang cuba ditonjolkan oleh pelakon Zul Ariffin dan Intan Najuwa.
Nama mereka kembali hangat diperkatakan selepas beberapa foto terlebih mesra mereka mula tersebar di media sosial.
Menerusi foto tersebut, Zul mendakap erat heroinnya itu dengan penuh intim. Sekali pandang, betul-betul seperti pasangan bercinta yang “lemas” dalam asmara.
Aksi panas itu menimbulkan rasa kurang senang netizen. Ia dianggap keterlaluan dan tidak manis terutama sekali kerana Intan sudah pun bergelar tunangan orang.
Terdahulu, Intan pernah ditegur netizen agar menjaga hati tunangnya dan tidak bergambar mesra dengan lelaki lain. Namun, aktres itu sedikit pun tidak terkesan dengan kecaman netizen, Intan berkata dia masih tahu menjaga batasnya ketika berlakon. Tidak perlu melaga-lagakan hubungan dia dan tunangnya.
Siapa tahu, mungkin sahaja ini salah satu babak dalam drama mereka yang sedang ditayangkan di kaca televisyen. Biasalah, nak ambil ‘feel’.
Mak embun
November 13, 2019 at 12:11 am
Ya Allah berilah hidayah kpd ummqt ini,kpd bangsa melayu ini…susunguhnya mrk x mengetahui
Mak embun
November 13, 2019 at 12:08 am
Macam bljr kitab jimak la plak dh kita yg menonton ni…..ha ha
Mak embun
November 13, 2019 at 12:05 am
Pd saya yg paling tua diantara kedua pelakon tu lah yg first x de iman…cuba kau situa bangka zulk oi belagak ustaz sikit…ape x bljr agama ke sekolah sra ,sma dulu?ape tuhan ni x melihat ape kau buat zull nyanyuk?aku ras ax de betina dh yg tehingin ngan kau tu.harapkan suara je macm katak puru ..betina x de iman memang goyang.