Bas Sewa Rombongan Kahwin RM70 Dan Dapur Umum Untuk Warga Puchong Inisiatif Terbaru Uncle Kentang

Trending

Bas Sewa Rombongan Kahwin RM70 Dan Dapur Umum Untuk Warga Puchong Inisiatif Terbaru Uncle Kentang

Kuan Chee Heng atau lebih senang digelar ‘Uncle Kentang’ telah bergerak secara aktif untuk memberi bantuan kemanusiaan kepada semua rakyat Malaysia tanpa menjadikan agama dan bangsa sebagai jurang penghalang.

Baca: Uncle Kentang Sediakan Khidmat Van Jenazah Percuma 24 Jam Di Kedai Mamak

Advertisement

Jika sebelum ini beliau telah menyediakan van ambulans dan jenazah, kini menerusi laman Facebooknya beliau telah mengumumkan untuk menyediakan sewaan bas serendah RM70 sebagai kerja kebajikan terbarunya.

“Saya offer bas RM70 sekali bayar sewa kerana bus driver dan belanjalah bus driver nasi minyak.”

Bas sewa tersebut khusus untuk digunakan bagi mana-mana rombongan majlis perkahwinan bapa dan ibu tunggal. Bantuan ini bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk ingin berkahwin semula dan berkeluarga.

Harga sewa bas yang rendah tersebut ditawarkan untuk warga Puchong yang memerlukan serta jarak penggunaan yang tidak melebihi radius 50 kilometer dari Puchong.

Dapur umum

Selain bas sewa RM70, beliau juga telah membuka Dapur Umum Rakyat Puchong yang bertujuan untuk memberi makan kepada golongan yang tidak bernasib baik.

Walau bagaimanapun, Uncle Kentang tidak menyediakan sebarang pinjaman wang. Sekiranya bantuan yang diminta berbentuk bantuan pinjaman, bantuan tersebut akan ditolak. Pelbagai insiatif yang telah disediakan oleh beliau seperti bantuan makanan, ambulans, van jenazah dan dapur umum. Kesemua bantuan ini untuk membantu penduduk yang lebih memerlukan di sekitar Puchong.

Tatkala kamu lapar…, dan kau tiada duit… di PUCHONG SAHAJA… kami sediakan dapur umum… BOLEH lah kamu isi perut… INI LA SEDIKIT SEBANYAK YANG KAMI MAMPU BANTU… kerana ku mengerti apa itu lapar dan pokai… kerana aku pernah lalui semua itu… hanya telan air liur… PROJEK DAPUR UMUM DI PUCHONG PERDANA telah berjaya memberi makan kepada mereka yang lapar…

Harapnya bantuan Uncle Kentang akan dapat meringankan beban sesiapa sahaja yang memerlukan. 

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...