Kuan Chee Heng atau lebih senang digelar ‘Uncle Kentang’ telah bergerak secara aktif untuk memberi bantuan kemanusiaan kepada semua rakyat Malaysia tanpa menjadikan agama dan bangsa sebagai jurang penghalang.
Baca: Uncle Kentang Sediakan Khidmat Van Jenazah Percuma 24 Jam Di Kedai Mamak
Jika sebelum ini beliau telah menyediakan van ambulans dan jenazah, kini menerusi laman Facebooknya beliau telah mengumumkan untuk menyediakan sewaan bas serendah RM70 sebagai kerja kebajikan terbarunya.
“Saya offer bas RM70 sekali bayar sewa kerana bus driver dan belanjalah bus driver nasi minyak.”
Harga sewa bas yang rendah tersebut ditawarkan untuk warga Puchong yang memerlukan serta jarak penggunaan yang tidak melebihi radius 50 kilometer dari Puchong.
Dapur umum
Selain bas sewa RM70, beliau juga telah membuka Dapur Umum Rakyat Puchong yang bertujuan untuk memberi makan kepada golongan yang tidak bernasib baik.
Walau bagaimanapun, Uncle Kentang tidak menyediakan sebarang pinjaman wang. Sekiranya bantuan yang diminta berbentuk bantuan pinjaman, bantuan tersebut akan ditolak. Pelbagai insiatif yang telah disediakan oleh beliau seperti bantuan makanan, ambulans, van jenazah dan dapur umum. Kesemua bantuan ini untuk membantu penduduk yang lebih memerlukan di sekitar Puchong.
Tatkala kamu lapar…, dan kau tiada duit… di PUCHONG SAHAJA… kami sediakan dapur umum… BOLEH lah kamu isi perut… INI LA SEDIKIT SEBANYAK YANG KAMI MAMPU BANTU… kerana ku mengerti apa itu lapar dan pokai… kerana aku pernah lalui semua itu… hanya telan air liur… PROJEK DAPUR UMUM DI PUCHONG PERDANA telah berjaya memberi makan kepada mereka yang lapar…