Bas Mini 7 Meter Sudah Mula Beroperasi

Automotif

Bas Mini 7 Meter Sudah Mula Beroperasi

Baru-baru ini kita semua mengetahui bahawa perkhidmatan bas mini kembali lagi setelah 21 tahun memberhentikan operasi di beberapa laluan.

Baca ini: Selepas 21 tahun, bas mini akan mula beroperasi kembali

Kini dibawah projek Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus), perkhidmatan bas mini telah melakukan percubaan dari hab Bukit Indah ke Ampang Point, menerusi Jalan Rasmi.

Advertisement

Dalam percubaan perjalanan ini, perkhidmatan bas mini akan menggunakan laluan T784 LRT Taman Bahagia dan T201 LRT Gombak selama 3 bulan bermula dari 20 Oktober 2019 hingga 20 Januari 2020.
laluan bas

Hino Motors Sales (Malaysia) Sdn Bhd (Hino Malaysia) memperkenalkan minibus lantai rendah dengan panjang tujuh (7) meter. Perkhidmatan bas mini adalah yang pertama di dunia untuk sesi percubaan di bawah pengendalian Rapid Bus.

Di Jepun, terdapat lebih daripada 2,000 unit Hino Poncho di kawasan bandar yang sibuk dan jalan raya yang sempit.

Menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook, kelebihan bas yang lebih kecil ini lebih mudah untuk masuk ke kawasan perumahan dan ini memudahkan pemandu bas.

Menteri pengakutan Anthony Loke

Maka tempoh untuk trip itu lebih pendek dan beroperasi dengan kekerapan 15 minit pada waktu puncak.

Mini bus berlantai rendah ini bertujuan untuk melengkapkan kemudahan orang awam dari segi pengakutan di bandar dan kawasan pinggir bandar.

Bukan itu sahaja ia juga mempunyai kelebihan untuk kediaman bandar sempit dan kawasan penumpang yang rendah.

mini bus

Ukuran saiz yang kecil, namun kapasitinya menjadikan Hino Poncho lebih mudah untuk bergerak melalui kawasan bandar yang sibuk dan jalan yang sempit berbanding dengan bas sedia ada sekarang.

Bas sedia ada sekarang panjangnya adalah 10-12 meter panjang, manakala Hino Poncho hanya 7 meter panjangnya.

 

Bolehlah anda cuba hujung minggu untuk menggamit kenangan menaiki bas mini masa zaman muda dulu.

 

Sumber: Careta, Malaysia Kini

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...