Bas Ekspres Rempuh Plaza Tol Ketika Bawa Pesakit Covid-19, Enam Cedera Ringan

COVID-19

Bas Ekspres Rempuh Plaza Tol Ketika Bawa Pesakit Covid-19, Enam Cedera Ringan

Sebuah bas ekspres membawa pesakit COVID-19, terbabit kemalangan di Plaza Tol UPM, Serdang, di Kuala Lumpur sebentar tadi.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 3 petang itu dalam perjalanan dari Perak ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) MAEPS 2.0.

Setakat ini, enam penumpang bas dilaporkan mengalami kecederaan ringan dan dibawa terus ke MAEPS, Serdang, untuk rawatan lanjut.

Advertisement

Pun begitu, keadaan pemandu bas dan pembantunya masih belum dapat dipastikan.

Meninjau keadaan bas, bahagian hadapan bas dilaporkan mengalami kerosakan teruk akibat rempuhan itu.

Sumber : Berita HarianDifahamkan, bas terbabit membawa pesakit Kluster Changkat Jong, Perak, dan berlepas jam 10 pagi tadi sebelum dijadualkan sepatutnya tiba di MAEPS, Serdang, pada jam 1 tengah hari.

Advertisement

Semoga semuanya selamat dan baik baik sahaja ya..Aamiin

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...