Sebuah bas ekspres membawa pesakit COVID-19, terbabit kemalangan di Plaza Tol UPM, Serdang, di Kuala Lumpur sebentar tadi.
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 3 petang itu dalam perjalanan dari Perak ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) MAEPS 2.0.
Setakat ini, enam penumpang bas dilaporkan mengalami kecederaan ringan dan dibawa terus ke MAEPS, Serdang, untuk rawatan lanjut.
Pun begitu, keadaan pemandu bas dan pembantunya masih belum dapat dipastikan.
Meninjau keadaan bas, bahagian hadapan bas dilaporkan mengalami kerosakan teruk akibat rempuhan itu.
Difahamkan, bas terbabit membawa pesakit Kluster Changkat Jong, Perak, dan berlepas jam 10 pagi tadi sebelum dijadualkan sepatutnya tiba di MAEPS, Serdang, pada jam 1 tengah hari.
Semoga semuanya selamat dan baik baik sahaja ya..Aamiin