Bas Ekspres Dibenarkan Beroperasi Tanpa Had Masa Dengan Kapasiti Penuh

Trending

Bas Ekspres Dibenarkan Beroperasi Tanpa Had Masa Dengan Kapasiti Penuh

Bagi mereka yang bergantung kepada pengangkutan awam seperti bas untuk pulang ke kampung, pastinya sukar dan untuk mendapatkan tiket dek kerana tempat duduk yang dihadkan ketika pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan sebelum ini.

Namun kini masyarakat boleh menarik nafas lega apabila kerajaan kini membenarkan bas ekspres beroperasi tanpa had masa dengan kapasiti penuh yang membolehkan mereka membawa penumpang pada setiap masa.

Advertisement

Perkara ini diumumkan oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri menerusi sidang medianya hari ini yang turut menegaskan agar kesemua penumpang mengikuti SOP (Prosedur Operasi Standard) yang telah ditetapkan kerajaan.

Pemandu dan juga kesemua penumpang bas diwajibkan melakukan pendaftaran diri menerusi aplikasi MySejahtera di samping harus memakai penutup topeng muka pada setiap masa.

“Kita kini membenarkan banyak bas ekspress untuk bertolak malam sampai subuh dan boleh membawa penumpang penuh bukan lagi separuh kapasiti seperti yang telah ditetapkan sebelum ini.”

Di samping itu, syarikat bas wajib mengambil suhu penumpang sebelum dibenarkan untuk menaiki bas dan kerajaan turut membenarkan syarikat bas menjual penutup topeng muka bagi penumpang yang tidak membawa perlindungan diri tersebut.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...