Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Barulah Suami Tak Cari Lain..” – Sambil Elisya Sandha Belajar Masak, Sheila Rusly Titip Nasihat Jaga Suami

sheila rusly dan jinggo

Pernah berkongsi video bersama, Sheila Rusly sekali lagi memuat naik klip dia memasak bersama bakal menantunya, Elisya Sandha. Kalau sebelum ini mereka menyediakan ‘Maggi Kari Mamak dan ‘Karipap Sardin’ bersama, kini mereka kembali dengan menu ‘Ketam Masak Cili’.

Advertisement

Dikemudi oleh Sheila Rusly sendiri, Elisya kelihatan lebih banyak membantu memasukkan bahan selain menuruti arahan yang diberikan oleh penerbit popular itu. Lagi sweet apabila tunangan pelakon itu, Uzair Haqimy turut berada di dapur bagi menyaksikan gelagat ibu dan tunangnya memasak bersama.

elisya sandha dan uzair haqimy

Malah telinga tajam netizen menangkap panggilan Elisya buat Sheila yang sudah ‘upgrade’ daripada ‘aunty’ kepada ‘mama’ kini. Bahagia betul mereka!

Namun yang menarik perhatian netizen ialah apabila Ayda Jebat dilihat turut meninggalkan komen pada Instagram Live yang dilakukan ketika sesi memasak itu. Bercanda ingin menghantar suaminya, Nabil Mahir agar belajar memasak dengan penerbit itu, Sheila menitipkan nasihat bagaimana cara untuk menjaga suami.

Advertisement

“Tanggungjawab isteri untuk menyediakan makanan buat suami. Bagi suami makan air tangan isteri, barulah dia tak cari lain. Macam daddy (Jinggo), mana ada cari perempuan lain. Setia bawah ketiak mama.”

sheila rusly dan jinggo

Dalam sesi memasak itu juga, Sheila dilihat mengajar cara memasak juadah tersebut kepada Elisya selain memberikan nasihat supaya sentiasa yakin semasa menyediakan makanan.

Malah ada yang komen dan mengatakan bahawa adik kepada Fasha Sandha itu beruntung kerana memiliki ibu mertua yang pandai memasak. Betul tu!

 

Seronok betul lihat keluarga ini yang sentiasa meluangkan masa bersama-sama.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

9 Comments

  1. Anonymous

    February 11, 2021 at 8:41 am

    very stupid statement

  2. Anonymous

    February 11, 2021 at 8:40 am

    banyak dah tengok yg pandai masak , rumah cantik, tapi suami curang dgn perempuan lain. siap pergi thailand kawin lari.

  3. Makcik

    February 10, 2021 at 8:01 pm

    Pandai memasak bukan jaminan suami tak cari lain. Jangan over confident sangat. Kecurangan ni kalau dah nak jadi , dia jadi jer sama ada pandai masak atau tidak.

  4. anon

    February 10, 2021 at 6:13 pm

    mampuih la hang kena buli dgn pompuan ni,t…u baru brtunang,esok dah kawin lgi teruk la.klau mcm ni punya mak metua pi mampuih la …sapa yg bodoh ja sanggup jdi menantu hang…dia ni memang prangai burok sejak dulu lagi ramai lah dah kena dgn dia.paling kesian makcik nolia ghani

    • tecit

      February 11, 2021 at 8:58 am

      kalau anak hemsem xpele jgk nk berkorban jiwa kene hadap makmentuapuaka gini hehehhe. eh sori2 xdela puaka mane. mgkin utk kebaikan ank die jgk. cume mmg controlling la. ajar masak pon garang woiii. nampak sempoi tp garang woiii.

  5. unknown

    February 10, 2021 at 5:24 pm

    Mak c Elisya nih x pandai masak ke sampai kene belajar ngan org lain..

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top