“Barulah Suami Tak Cari Lain..” – Sambil Elisya Sandha Belajar Masak, Sheila Rusly Titip Nasihat Jaga Suami

Hiburan

“Barulah Suami Tak Cari Lain..” – Sambil Elisya Sandha Belajar Masak, Sheila Rusly Titip Nasihat Jaga Suami

Pernah berkongsi video bersama, Sheila Rusly sekali lagi memuat naik klip dia memasak bersama bakal menantunya, Elisya Sandha. Kalau sebelum ini mereka menyediakan ‘Maggi Kari Mamak dan ‘Karipap Sardin’ bersama, kini mereka kembali dengan menu ‘Ketam Masak Cili’.

Elisya Sandha
3 years ago

Belajar Masak Karipap Sardin Dengan Sheila Rusly, Elisha Sandha Ucap Terima Kasih

Advertisement

Dikemudi oleh Sheila Rusly sendiri, Elisya kelihatan lebih banyak membantu memasukkan bahan selain menuruti arahan yang diberikan oleh penerbit popular itu. Lagi sweet apabila tunangan pelakon itu, Uzair Haqimy turut berada di dapur bagi menyaksikan gelagat ibu dan tunangnya memasak bersama.

elisya sandha dan uzair haqimy

Malah telinga tajam netizen menangkap panggilan Elisya buat Sheila yang sudah ‘upgrade’ daripada ‘aunty’ kepada ‘mama’ kini. Bahagia betul mereka!

Namun yang menarik perhatian netizen ialah apabila Ayda Jebat dilihat turut meninggalkan komen pada Instagram Live yang dilakukan ketika sesi memasak itu. Bercanda ingin menghantar suaminya, Nabil Mahir agar belajar memasak dengan penerbit itu, Sheila menitipkan nasihat bagaimana cara untuk menjaga suami.

“Tanggungjawab isteri untuk menyediakan makanan buat suami. Bagi suami makan air tangan isteri, barulah dia tak cari lain. Macam daddy (Jinggo), mana ada cari perempuan lain. Setia bawah ketiak mama.”

sheila rusly dan jinggo

Dalam sesi memasak itu juga, Sheila dilihat mengajar cara memasak juadah tersebut kepada Elisya selain memberikan nasihat supaya sentiasa yakin semasa menyediakan makanan.

Malah ada yang komen dan mengatakan bahawa adik kepada Fasha Sandha itu beruntung kerana memiliki ibu mertua yang pandai memasak. Betul tu!

 

Seronok betul lihat keluarga ini yang sentiasa meluangkan masa bersama-sama.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...