Baru-baru ini, aktivis dan pereka grafik sensasi iaitu Fahmi Reza memaklumkan bahawa dirinya dilarang daripada memasuki negeri Sabah.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Storynya, satu notis iaitu Notis Penolakan Masuk telah diberikan kepadanya ketika dia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.
Fahmi turut memberitahu dia tidak dibenarkan masuk ke Sabah atas arahan pihak atasan di negeri berkenaan. Setelah menerima notis tersebut, dia telah diarahkan untuk pulang semula ke Kuala Lumpur serta merta.
Saya tak dibenarkan masuk Sabah atas arahan Jabatan Ketua Menteri Sabah.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.