Musim konvokesyen adalah sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh para mahasiswa. Bukan sekadar graduan yang bakal menerima ijazah sahaja, malahan seluruh warga kampus juga sibuk. Jalan-jalan ditutup dan ruangan parkir sekitar kampus juga dikhaskan untuk keluarga yang datang meraikan majlis bersejarah ini. Pastinya keluarga tersenyum bangga dengan pencapaian anak-anak mereka.
Namun apa yang menarik adalah satu perkongsian dari saudara Naufal Antezem di Twitter yang berkongsi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) membezakan para graduan melalui warna jubahnya. Keunikan ini memberikan satu variasi menarik kerana ia bukan sekadar memudahkan pihak pengurusan, malahan turut memudahkan para graduan sendiri.
Jom tengok warna-warna jubah konvokesyen mengikut fakulti di UKM :
1. Fakulti Farmasi – Jubah Biru Turquoise
2. Fakulti Ekonomi & Pengurusan – Jubah Biru Muda
3. Fakulti Pergigian – Jubah Merah Jambu
4. Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina – Jubah Coklat Cair
5. Fakulti Pendidikan – Jubah Oren
6. Fakulti Perubatan – Jubah Merah Darah
7. Fakulti Pengajian Islam – Jubah Hitam
8. Fakulti Sains Kesihatan – Jubah Merah Jambu Muda
9. Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan
10. Fakulti Sains & Teknologi – Jubah Ungu
11. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat – Jubah Merah Maroon
12. Fakulti Undang – Undang – Jubah Coklat
13. Diploma Lanjutan Kebidanan Fakulti Perubatan – Jubah Kelabu
14. Sarjana Muda Kejururawatan Fakulti Perubatan
Zaman ketika belajar sememangnya satu tempoh masa yang sangat mencabar. Sebagai pelajar, pastinya pelbagai dugaan suka dan duka yang berlaku sepanjang masa tersebut. Dengan adanya kawan-kawan menemani, sudah pastilah memori yang ditinggalkan akan dirindui kelak.
Antara memori yang biasa menggamit memori para pelajar universiti adalah – makan maggi kongsi-kongsi. Biasalah bila hidup bersumberkan duit PTPTN, memang tak pernah cukup. Kenalah berjimat cermat. Maggi dah menjadi teman baik apatah lagi di kala tengah malam mahupun minggu peperiksaan. Belum lagi cerita seram hostel dan memori nak ke tandas tengah malam. Pasti bila diingat semula, akan buatkan kita semua tersenyum sorang-sorang kan.
Walau apa pun, pengalaman sebeginilah mematangkan kita semua. Menjadikan kita insan yang berjaya dan bijak menilai baik dan buruk. Buat adik-adik yang baru bergelar graduan, langkah anda masih panjang. Kini bermula cabaran menjadi insan berkerjaya. Bila dah ada kerja, uruskan kewangan dengan baik dan jangan lupa bayar PTPTN!
Perkongsian Twitter : Naufal Antezem