Baru Setahun Suami Meninggal Dunia, Jennifer Coppen Jadi Bualan Sudah Jumpa Pengganti Baru – “Bapa Baru Untuk Kamari”

Hiburan

Baru Setahun Suami Meninggal Dunia, Jennifer Coppen Jadi Bualan Sudah Jumpa Pengganti Baru – “Bapa Baru Untuk Kamari”

Pelakon Indonesia, Jennifer Coppen dikritik peminat kerana sudah menemui pengganti meskipun baru setahun suaminya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

Difahamkam, lelaki yang berjaya menambat hati Jennifer adalah pemain boleh sepak profesional berasal dari Belanda, Justin Hubner,

Advertisement

Lelaki itu kini merupakan pemain import pasukan bola sepak Indonesia dan mereka dikatakan sudah lama menjalinkan hubungan cinta namun memilih untuk tidak menghebahkan hal tersebut kepada umum.

Jennifer Coppen dan Dali Wassink

Sebelum ini spekulasi mula timbul dan dakwaan itu dikuatkan lagi apabila Justin memuat naik ucapan istimewa untuk pelakon berusia 24 tahun tersebut sempena hari lahirnya.

Selamat hari lahir buat seorang individu yang sangat istimewa buat saya. Saya sangat gembira setiap saat bersama kamu. Kamu selayaknya terima semua kebahagiaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Justin Quincy Hubner (@justinhubner5)

Menerusi Instagram Justin juga, dia dilihat berkongsi foto-foto bersama anak Jennifer dan arwah suaminya, Dali Wassink bernama Kamari Sky.

Meskipun ada yang mengkritik atau menyindir Jennifer namun ramai peminat mendoakan hubungannya bersama Justin ke jinjang pelamin demi kebaikan Kamari yang memerlukan figura seorang bapa.

Justin Hubner dan Kamari Sky

Jennifer Coppen dan boyfriend

Untuk info, Jennifer dan Dali bernikah pada Oktober 2023 namun lelaki itu meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada Julai tahun lalu.

Pemergian Dali juga menjadi tular di negara seberang gara-gara Jennifer dan keluarga mentuanya membuat keputusan untuk membakar mayat lelaki itu dan membuang abunya di laut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

hael husaini dedah tarikh nikah amira othman
2025-07-29 20:14:00

Hael Husaini 'Pecah Rahsia' Tarikh Amira Othman Nak Kahwin?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...