“Baru Setahun Kahwin..” – Neelofa Bagi Tips Rumah Tangga Bahagia, Lain Pula Reaksi Netizen Di Media Sosial

Hiburan

“Baru Setahun Kahwin..” – Neelofa Bagi Tips Rumah Tangga Bahagia, Lain Pula Reaksi Netizen Di Media Sosial

Baru-baru ini, personaliti dan juga usahawan terkenal Neelofa ada berkongsikan tips tentang memahami erti sebenar perkahwinan sebelum bernikah dengan suaminya, Haris Ismail.

Kata Neelofa, dia kini memahami dan sedar apa tanggungjawab yang perlu digalas setelah bergelar isteri.

Advertisement

Kongsinya, setiap orang yang ingin mendirikan rumah tangga perlulah ambil tahu mengenai hak isteri/suami dan perlu mengikut segala saranan dan panduan yang agama gariskan dalam perkahwinan.

Sebab kalau isteri tak tahu apa yang kita kena buat dalam rumah tangga, dan suami sebagai ketua keluarga tak main peranan, perkara tersebut akan terpesong jauh.

Dalam pada itu, Neelofa juga menekankan kepentingan air tangan isteri di rumah.

Isteri yang sepatutnya sediakan makanan atas meja. Orang zaman sekarang kan fikir memasak bukan lagi keutamaan sebab boleh beli online. Percayalah, usaha dan kesusahan kita untuk belajar dan menyediakan makanan untuk keluarga, itu Allah pandang.

Menjengah ke ruangan komen, selain daripada komen memuji betapa bernasnya tips dan nasihat Neelofa itu, ada juga yang merasakan bahawa Neelofa terlalu ‘mentah’ untuk memberi tips rumahtangga.

ForumSumber : Forum  

Kata netizen, Neelofa dan Haris baru sahaja setahun berkahwin dan merasakan perjalanan hidup berumah tangga pasangan ini masih jauh dan berliku.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Elizabeth Tan
2 years ago

"Babak Itu Betul-Betul" - Elizabeth Tan Ulas Aksi Cium, Anggap 'Simple' Sangat, Boleh Buat Lebih Baik

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Forum CARI

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...