Baru Seminggu Kenal Di Facebook, Pelajar Tingkatan 3 Dirogol Lelaki Berusia 32 Tahun

Trending

Baru Seminggu Kenal Di Facebook, Pelajar Tingkatan 3 Dirogol Lelaki Berusia 32 Tahun

Baru seminggu kenal di laman Facebook, seorang pelajar tingkatan tiga dirogol oleh lelaki di sebuah hotel di Bahau, Negeri Sembilan.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Jempol, Deputi Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor, mangsa berumur 15 tahun sebelum itu keluar mengikut suspek berusia 32 tahun menaiki kereta pada jam 12 tengah malam membawa mangsa ke hotel dan bertindak merogol.

Advertisement

“Pada jam 8 pagi suspek dan mangsa keluar hotel. Suspek kemudian membawa mangsa bersiar-siar sekitar bandar Seremban. Suspek kemudian menghantar mangsa yang juga anak sulung daripada tiga beradik pulang ke rumahnya pada jam 10 malam,”

Susulan kejadian, mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Bahau semalam.

Dedahnya lagi, hasil pemeriksaan mendapati, terdapat kesan koyakan pada kemaluan mangsa sebelum beliau ditahan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah.

Untuk rekod, suspek yang bekerja sebagai pembantu kedai makan milik keluarganya kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...