Baru Seminggu Buka Semula Sekolah, Perancis Catat 70 Kes Positif COVID-19

COVID-19

Baru Seminggu Buka Semula Sekolah, Perancis Catat 70 Kes Positif COVID-19

Sepertiga kanak-kanak Perancis iaitu seramai 150,000 orang pelajar telah kembali ke sekolah seperti biasa pada Isnin yang lalu. Untuk pengetahuan, sekolah-sekolah yang terjejas sudah segera ditutup sebelum ini dan kini hanya sebahagian sekolah terpilih dan berada di zon hijau sahaja telah dibuka semula.

Difahamkan sekolah yang terlibat adalah, kira-kira 40,000 buah termasuk prasekolah dan sekolah rendah. Kerajaan juga telah mengeluarkan beberapa syarat mengenai perkara tersebut antaranya hanya boleh memuatkan 15 orang pelajar sahaja di dalam satu kelas.

Advertisement

Keputusan tersebut dibuat adalah kerana anak-anak yang belajar dari rumah telah membuatkan ramai ibu bapa di negara itu keletihan kerana mereka juga perlu bekerja dari rumah.

Gambar hiasan

Oleh kerana masih bimbang tentang penularan pandemik COVID-19, Menteri Pendidikan Perancis Jean Michel Blanquer telah memberi peringatan kepada umum bahawa pembukaan semula sekolah ini akan menyebabkan pelajar berada dalam bahaya.

Bagaimanapun kini, sebanyak 70 kes positif COVID-19 telah dilaporkan selepas hanya seminggu sekolah dibuka semula.

Gambar hiasan

Memandang inkubasi virus mengambil masa beberapa hari, Menteri pendidikan Perancis percaya bahawa, besar kemungkinan mereka yang positif telah dijangkiti sebelum pembukaan semula sekolah lagi.

Sehingga kini masih tiada kenyataan rasmi sama ada 70 kes COVID-19 yang dinyatakan adalah dari kalangan pelajar atau guru.

Minggu lalu Perancis telah mencatatkan kematian pertama yang dikaitkan dengan kanak-kanak dengan sindrom Kawasaki iaitu penyakit misteri yang mula menyerang kanak-kanak. 

Baca: Kanak-Kanak Di AS Diserang Penyakit Misteri, Pakar Percaya Virus Ini Ada Kaitan Dengan COVID-19

Jom like Facebook & follow Twitter Amazing Nara bagi mendapatkan berita dan cerita terkini lagi sensasi di seluruh dunia.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...