Baru Selesai Kes Instagram Digodam, Anak Didie Alias Pula Positif COVID-19

Hiburan

Baru Selesai Kes Instagram Digodam, Anak Didie Alias Pula Positif COVID-19

Pelakon dan kini bergelar penyanyi, Didie Alias memaklumkan bahawa anak ke-empatnya iaitu Nur Dayini,23, telah disahkan positif COVID-19 pada hari Rabu yang lalu.

Difahamkan anaknya itu telah dijangkiti wabak tersebut selepas menjaga bapanya, pelakon Ridzuan Hashim di Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung dan paru-paru berair.

Advertisement
Anak Anak didie aliasSumber : Google  

Dayini juga mengalami simptom-simptom seperti sakit tekak dan demam sebelum mengambil keputusan untuk menjalani ujian calitan dan disahkan positif.

“Kebetulan anak saya memang menjaga bekas suami yang menerima rawatan di HKL akibat serangan jantung dan mengalami paru-paru berair. Nak dijadikan cerita, bila bekas suami pulang ke rumah dia dimaklumkan rupa-rupanya ada pesakit COVID-19 di hospital tersebut. Selepas dimaklumkan perkara itu dia terus lakukan ujian calitan dan disahkan positif..”

Ujar Didie, anaknya itu kini berada di MAEPS Serdang untuk rawatan susulan.

Didie AliasSumber : Google  

Terdahulu, Didie pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Ridzuan Hashim pada tahun 1991 namun berpisah pada tahun 2000. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Nurdhaniyah, Muhammad Dhanial, Nur Dinie, Nur Dayini Ahza dan Nur Diyana.

Kemudian pada Mei 2009, Didie mendirikan rumah tangga kali kedua dengan Norisham Ismail.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...