Selepas meraikan kejayaan kekasih hatinya Janna Nick yang merangkul Anugerah Bintang Paling Popular BH ke-34 (ABPBH34), pelakon Dini Schatzmann kini dimasukkan ke hospital akibat demam dan jangkitan kuman.
Dini atau nama lengkapnya Dini Azan Schatzmann berkata dia mengalami demam ‘on off‘ sejak kebelakangan ini sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan.
Saya dah demam sejak beberapa hari lalu, sudah buat beberapa kali ujian Covid-19 dan semua keputusan negatif.
Menurut Dini, 27, pada Ahad lalu dia telah pergi ke hospital dan doktor memberitahu bahawa terdapat jangkitan bakteria, jadi dia sedang berehat dan mendapatkan rawatan di hospital tersebut.
Sebelum ini saya ada banyak penggambaran outdoor, mungkin sebab cuaca saya jatuh sakit. Doktor bagi ubat drip dan alhamdulillah keadaan semakin baik.
Menerusi satu hantaran di InstaStory, Janna Nick turut berkongsi gambar dia memegang tangan kekasihnya yang sedang terbaring di katil hospital.
“Poor baby Dini Schatzmann” tulis Janna.
Dini turut mengucapkan terima kasih kepada peminat yang mendoakan kesihatannya dan memberi kata-kata semangat. Pelakon berdarah kacukan Melayu-Switzerland itu mengakui dia tidak sabar untuk meneruskan kerja seperti biasa.
Selain itu, kami kongsikan beberapa artikel yang trending pada pautan di bawah.