July 24th, 2020

Panas nampaknya kontroversi membabitkan aktres baru, Alya Iman yang merupakan anak kepada pelakon lagenda Malaysia, Azmil Mustapha.

Baru saja terpalit dengan fitnah yang mengatakan dirinya kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan Zizan Razak dan dilabel sebagai gadis murahan oleh netizen, kali ini tampil pula seorang individu bergelar isteri orang yang mengatakan bahawa Alya hidup mewah atas kekayaan suaminya.

Identiti dirahsiakan, wanita tersebut telah memuat naik beberapa kenyataan di ruangan insta stori miliknya.

Menurut wanita berkenaan, pelakon drama Gaun Pengantin Ivory ini dikatakan telah hidup mewah di atas kekayaan suaminya yang digelar sebagai Mr. M. Malah dikatakan Alya sering mengikuti suaminya itu ketika bekerja di luar negara dan membeli barang-barang mewah seperti jam dan beg tangan berjenama mewah.

Suami wanita tersebut dilaporkan merupakan seorang ahli perniagaan dan sering ke luar negara. Namun status perkahwinan pasangan berkenaan tidak pula dipastikan sama ada masih bersama atau tidak.

Wah, panas nampaknya. Mungkin Alya perlu cepat tampil menjelaskan isu ini supaya tidak menjadi lebih parah di kemudian hari.


4 responses to “Baru Saja Digelar Perempuan Murahan Oleh Netizen, Kali Ini Isteri Orang Dakwa Alya Iman Sebagai ‘Pengikis Duit Suami’”

  1. Anonymous says:

    Memang it takes two to tango but a man can married 4 woman. Yang si Iman ni anak dara apa asik diusung ke hulu ke hilir siap pegi travel together?? Jantan miang tu biasa. Betina muslimah miang ni agak keterlaluan.

  2. Elliza Razak says:

    SIKIT LAGI JADI BETINA JALANG

  3. Anonymous says:

    pelikla bini2 org ni..kamon la it takes 2 to tango.laki kau kaya kot mmg blh sgt nak kawin 2,3,4..minah ni pun single.ko pegi la expose laki kau skali.apsal lak nak sorok2..

    • Anonymous says:

      kenapa nak salahkan perempuan je kan? lelaki dia tu yang pilih untuk curang (kalau betul dakwaan dia la). nak kata alya iman ni home wrecker sedangkan suami dia sndr home wrecker rumahtangga diorang.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...