Baru Saja Digelar Perempuan Murahan Oleh Netizen, Kali Ini Isteri Orang Dakwa Alya Iman Sebagai ‘Pengikis Duit Suami’

Hiburan

Baru Saja Digelar Perempuan Murahan Oleh Netizen, Kali Ini Isteri Orang Dakwa Alya Iman Sebagai ‘Pengikis Duit Suami’

Panas nampaknya kontroversi membabitkan aktres baru, Alya Iman yang merupakan anak kepada pelakon lagenda Malaysia, Azmil Mustapha.

Baru saja terpalit dengan fitnah yang mengatakan dirinya kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan Zizan Razak dan dilabel sebagai gadis murahan oleh netizen, kali ini tampil pula seorang individu bergelar isteri orang yang mengatakan bahawa Alya hidup mewah atas kekayaan suaminya.

Advertisement

Identiti dirahsiakan, wanita tersebut telah memuat naik beberapa kenyataan di ruangan insta stori miliknya.

Menurut wanita berkenaan, pelakon drama Gaun Pengantin Ivory ini dikatakan telah hidup mewah di atas kekayaan suaminya yang digelar sebagai Mr. M. Malah dikatakan Alya sering mengikuti suaminya itu ketika bekerja di luar negara dan membeli barang-barang mewah seperti jam dan beg tangan berjenama mewah.

Suami wanita tersebut dilaporkan merupakan seorang ahli perniagaan dan sering ke luar negara. Namun status perkahwinan pasangan berkenaan tidak pula dipastikan sama ada masih bersama atau tidak.

Wah, panas nampaknya. Mungkin Alya perlu cepat tampil menjelaskan isu ini supaya tidak menjadi lebih parah di kemudian hari.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...