Tular beberapa hari lalu mengenai luahan seorang individu bernama Ahmad Shah di Facebook mengenai pengalaman bapanya yang membeli sebuah kereta Honda jenis CR-V di Melaka.
Cerita Ahmad Shah di panjang lebar, kereta yang dibeli bapanya itu telah mengeluarkan bunyi bising selepas beberapa minit dibawa keluar dari pusat pameran kereta berkenaan.
Pada mulanya, bapa Ahmad Shah menyangka bunyi berkenaan berpunca daripada keadaan jalan yang kurang memuaskan namun mendapati ia datang daripada kereta baru dibelinya itu.
Bunyi tersebut hilang apabila kereta berhenti. Ia akan mengeluarkan bunyi yang sangat kuat apabila kereta sedang bergerak saja.
Berikutan itu, bapanya bertindak menghantar semula kereta tersebut ke pusat jualan bagi mengesan apa yang rosak namun pihak terbabit mendakwa mereka tidak membaiki bahagian yang tiada kaitan.
Kereta itu kemudian menjalani pemeriksaan kali kedua dan pengurus cawangan Peringgit, Encik Lim juga mengesahkan bahawa terdapat bunyi yang tidak normal sebelum dihantar ke Pusat Servis Utama iaitu Honda Malaysia untuk tindakan lanjut.
Hari berlalu, tiada sebarang khabar berita dari mereka. Agak pelik kerana kereta itu belum cecah sebulan lagi usianya, namun tempoh jaminan dari Honda seperti sudah tamat berpuluh tahun.
Dakwa Ahmad Shah, kes tersebut diibaratkan seperti ‘ping pong’ kerana ia mula dirujuk dan pihak terbabit seolah-olah membolak balik selain memberi alasan isu tayar semata-mata.
Setelah beberapa hari berlalu, Ketua Perkhidmatan Pelanggan Honda Malaysia, Puan Brenda didakwa telah menutup kes tersebut tanpa siasatan lanjut dan status kereta berkenaan masih kabur dan tiada kata putus.
Berikutan itu, Ahmad Shah memilih jalan untuk menularkan isu tersebut di media sosial agar pihak sana tidak terus mengelak dan tidak mengambil sebarang tanggungjawab yang sepatutnya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.