Berita putus tunang pelakon Zara Zya dan Hafreez Adam pada Disember lalu ternyata mengejutkan ramai. Baru sahaja sebulan mengikat tali pertunangan namun hubungan mereka akhirnya terlerai sedangkan sebelum ini mereka antara pasangan paling ‘sweet’.
Terbaru, kami dengar Zara sekarang sudah ada pengganti dan kini sedang hangat bercinta dengan pelakon, Azlee Khairi yang turut bergandingan dengannya dalam drama Seadanya Aku.
Umum mengetahui, mereka memang sudah lama berkawan dan agak mesra bersama sejak dahulu lagi.
Ramai juga yang restu sekiranya mereka berdua benar-benar bercinta. Namun, Azlee dikatakan sudah pun berkahwin dengan wanita kelahiran Brunei pada tahun 2014.
Bagaimanapun, ada desas-desus mengatakan Azlee sudah kembali solo sebab itu dia kembali aktif berlakon, tetapi buat masa ini aktor tersebut enggan memberikan apa-apa komen mengenai status dirinya.
Kalau betul Azlee dah ‘single’, memang tidak salah untuk mereka bercinta. Tidak dinafikan nampak sesuai bersama. Jika sebaliknya, Azlee dan Zara kenalah hati-hati dan jaga batas pergaulan agar tidak mengundang fitnah.
Anonymous
February 8, 2020 at 8:26 am
Propa untuk promote drama yang entah ape ape, nak sweet sweet bagai kononnye, tak sweet pon, drama miang tu adelah
Azra
February 8, 2020 at 1:08 am
Kan..Dia org ni macam Kajol Dan Shah Rukh Khan Serasi dalam Lakonan..Tetapi Kat Luar kawan..takde pape perasaan pon…
zureenrantaimanik007
February 7, 2020 at 4:53 pm
Tak sahih la, memandai je kan..setakat hint and komen kat IG tu ape lah sangat.
dua-dua tengah promo n marketing drama dorang tuu, chill sikit ye fans pon.
zureenrantaimanik
February 7, 2020 at 4:48 pm
Tak sohih laaa…memandai je kann.
Setakat hint kat ig apalah sangat..tgh promo n marketing untuk drama kot.
Fans pon chill lah sikit, biarlah dorang aman2 promo n berkawan.
Anonymous
February 7, 2020 at 4:28 pm
Tulaa dia artis..kawen,cerai…tunang,putus…igt bnda kawen2 ni mcm main pondok2 ke…