Baru Putus Tunang, Zara Zya Kini Hangat Bercinta Dengan Azlee Khairi?

Hiburan

Baru Putus Tunang, Zara Zya Kini Hangat Bercinta Dengan Azlee Khairi?

Berita putus tunang pelakon Zara Zya dan Hafreez Adam pada Disember lalu ternyata mengejutkan ramai. Baru sahaja sebulan mengikat tali pertunangan namun hubungan mereka akhirnya terlerai sedangkan sebelum ini mereka antara pasangan paling ‘sweet’.

zara zya azlee khairi bercinta

Advertisement

Terbaru, kami dengar Zara sekarang sudah ada pengganti dan kini sedang hangat bercinta dengan pelakon, Azlee Khairi yang turut bergandingan dengannya dalam drama Seadanya Aku.

Umum mengetahui, mereka memang sudah lama berkawan dan agak mesra bersama sejak dahulu lagi.

zara zya azlee khairi bercinta zara zya azlee khairi bercinta zara zya azlee khairi

Ramai juga yang restu sekiranya mereka berdua benar-benar bercinta. Namun, Azlee dikatakan sudah pun berkahwin dengan wanita kelahiran Brunei pada tahun 2014.

Bagaimanapun, ada desas-desus mengatakan Azlee sudah kembali solo sebab itu dia kembali aktif berlakon, tetapi buat masa ini aktor tersebut enggan memberikan apa-apa komen mengenai status dirinya.

zara zya azlee khairi

 

Kalau betul Azlee dah ‘single’, memang tidak salah untuk mereka bercinta. Tidak dinafikan nampak sesuai bersama. Jika sebaliknya, Azlee dan Zara kenalah hati-hati dan jaga batas pergaulan agar tidak mengundang fitnah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...