Baru Pulih Dari Sakit, Nad Zainal & Ungku Ismail Mahu Jalankan Inisiatif Bantu Peniaga-Peniaga Kecil

Hiburan

Baru Pulih Dari Sakit, Nad Zainal & Ungku Ismail Mahu Jalankan Inisiatif Bantu Peniaga-Peniaga Kecil

Pelakon Nad Zainal baru-baru ini mendedahkan inisiatifnya untuk membantu peniaga-peniaga kecil menerusi reviu produk bersama teman rapatnya, Ungku Ismail.

Memetik laporan Harian Metro, Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin, 32, berkata mana-mana peniaga yang mahu menggunakan khidmatnya untuk melakukan ‘paid review’ juga boleh menghantar mesej secara peribadi menerusi Instagram.

Advertisement

Selepas ini saya akan mengekalkan waktu sebegini untuk ‘live’ bersama-sama. Kepada anda yang ingin menggunakan ‘paid review’ juga boleh menghantar mesej secara peribadi di Instagram saya.”

Walau bagaimanapun, menurut Nad produk yang akan direviu juga seharusnya bersesuaian dengan Ungku Ismail.

Namun produk itu harus bersesuaian dengan Ungku Ismail juga. Kalau ‘review’ baju perempuan, takkan dia hendak memakai baju perempuan pula kan?  Jadi kami ada juga ‘paid review’ berdua…

…Mungkin lebih ke arah makanan, harga pun berpatutan kerana inistiatif ini bagi membantu peniaga-peniaga kecil.”

Terdahulu, Nad Zainal telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri selepas jangkitan kuman pada paru-paru.

Susulan perkhabaran itu, tabung kecemasan turut dibuat bagi mengumpul sumbangan bagi menampung kos rawatan pelakon itu.

Nad Zainal
2 years ago

(VIDEO) "Wow Hidup Baru" - Nad Zainal Buat Live TikTok, Akui Hampir Gila Sebab Tak Jumpa Anak Ketika Di Hospital

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...