Baru Nikah Sehari, Pengantin Lelaki Maut Kemalangan Lepas Pulangkan ‘Outfit’ Di Butik Pengantin – “Isteri Patah Kaki Kiri”

Kehidupan

Baru Nikah Sehari, Pengantin Lelaki Maut Kemalangan Lepas Pulangkan ‘Outfit’ Di Butik Pengantin – “Isteri Patah Kaki Kiri”

Baru sahaja bergelar suami isteri dalam satu majlis pernikahan di Sungai Besar, seorang wanita terpaksa menerima takdir ajal yang menjemput suaminya.

Dalam satu kejadian kemalangan yang berlaku Batu 3, Jalan Bernam, Tanjong Karang pengantin lelaki itu Norsyam Nasullah Rahim, 23, maut di tempat kejadian manakala isterinya Aini Hayati Mohd Radzi, 22, patah kaki kiri dan cedera di dagu.

Advertisement

kahwin

kahwinSebelum kejadian, pasangan itu telah bertolak ke sebuah butik pengantin di Kuala Lumpur dari Sungai Besar untuk menghantar baju pengantin yang disewa.

Namun, ketika perjalanan pulang ke rumah keluarga Aini Hayati, pasangan tersebut terbabit dalam nahas dengan tiga kenderaan lain.

 

Keluarga tahu dari Facebook

Kata abang Aini, keluarganya mendapat maklumat tentang kemalangan tersebut melalui Facebook sebelum dihubungi rakan adik perempuannya itu.

Tambahnya, dia ketika itu sudah sampai di Sungai Buloh namun bergegas berpatah balik ke Hospital Tanjong Karang selepas mendapat tahu adiknya dan suami telah dibawa ke sana.

Tidak lama selepas kami sampai, pihak hospital memaklumkan suami adik meninggal dunia. Saya terkejut dengan kejadian menimpa mereka tetapi sudah ketentuan Allah SWT.

@utusantvofficial Difahamkan mangsa, Norsyam Nassullah Rahim,23, baru melangsungkan majlis perkahwinan pada 16 DIS 2023 (Sabtu) di Sg. Besar. #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #fyp #kualaselangor #accident ♬ Musik Sedih – Nopa Sobarna

Jenazah Allahyarham dimandikan dan dikafankan di hospital itu dan dibawa pulang ke rumah keluarganya di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

 

Hilang kawalan

Terdahulu, polis berkata kemalangan itu berlaku jam 10.50 malam 17 Disember lalu dan pasangan pengantin baru itu menaiki Perodua Bezza sebelum terbabit kemalangan dengan dua kenderaan lain, Nissan Almera dan Honda City.

Pemandu Perodua Bezza dari arah Klang ke Teluk Intan dipercayai gagal mengawal kenderaan lalu masuk ke laluan bertentangan dan berlanggar dengan Honda City.

Pelanggaran itu menyebabkan Perodua Bezza tersebut terbalik dan masuk ke lorong kanan jalan sebelum dilanggar sebuah Nissan Almera di sisi kanan kereta.

Ia mengakibatkan Perodua Bezza tersebut terseret sejauh 11 meter dan kes kini disiasat mengikut  Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

accident

peguam
1 year ago

"Kami Sedang Kumpul Semua Saksi.." - Keluarga Pelajar Maut Dilanggar Telah Lantik Peguam Bagi Membela Nasib Mangsa

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...