Melalui laporan Harian Metro, berita pemergian pengarah animasi popular Ejen Ali iaitu Andi Abdul Ghani Kadir telah pun mengejutkan dunia animasi tempatan.
Difahamkan dari laporan berita, Andi dilaporkan hilang sejak Selasa, di mana ketika dalam perjalanan dari Tawau menuju Kota Kinabalu, kereta yang dinaiki bersama isteri terlibat dalam kemalangan selepas hilang kawalan.
Dalam pada itu, sumber mengatakan Andi dipercayai meninggalkan kereta dan dikatakan melompat masuk ke dalam Sungai Kinabatangan.
Pada jam 5 petang pihak bomba bergegas ke lokasi kejadian bagi mengesan Andi selepas menerima panggilan kecemasan, namun menemui jalan buntu dan apabila operasi disambung keesokan harinya, tubuh seorang lelaki berjaya ditemui tidak jauh daripada lokasi terakhir.
Hal yang membuatkan berita ini menyedihkan kerana arwah baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama isteri pada 16 September lalu dan dapat dilihat pada jam 1.25 petang, Selesa, arwah sempat menukar profil gambar di Facebook dipercayai gambar bersama isteri ketika hari pernikahan.