Kejadian mengejutkan tercetus apabila seorang wanita yang baru berkahwin selama tiga bulan dilaporkan menjadi mangsa perdagangan seks dalaman yang dikawal oleh suaminya sendiri.
Kes ini terbongkar selepas pihak berkuasa menyerbu sebuah rumah sewa yang digunakan sebagai pusat pelacuran.
Menurut sumber, pasangan tersebut menawarkan servis ‘jualan diri’ melalui aplikasi MiChat, dengan harga bermula serendah Rp150,000 (RM44) sesi hingga Rp350,000 (RM98).
Difahamkan, si suami galak mencari pelanggan di aplikasi sembang sosial Michat. Lebih menjijikkan, si suami dikatakan akan menunggu di luar bilik sewa di saat lelaki hidung belang ‘bersama’ dengan isteri di dalam bilik.
Ketika serbuan, polis menemui beberapa barangan bukti seperti dua sijil nikah, wang tunai dan enam telefon bimbit.
Pasangan yang masing-masing berusia 27 tahun itu kini ditahan dan disiasat dibawah Seksyen 2, Akta Jenayah Berkaitan Pemerdagangan Orang.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.