Seorang pelancong wanita dari Malaysia yang bercuti ke Sri Lanka meraih perhatian dan dipuji selepas dia tanpa sengaja menjadi hero menyelamatkan penduduk tempatan di Diyaluma Waterfall.
Vlog yang dirakam olehnya sendiri ketika kejadian tular di media sosial di mana dia yang pada mulanya mahu merakamkan videonya di air terjun tersebut secara tiba-tiba terdengar bunyi jeritan.
Jeritan itu datang dari sekumpulan lelaki yang kelihatan panik kerana salah seorang rakan mereka ketika itu kelemasan dan tidak timbul di permukaan.
Tanpa ragu-ragu dan tidak melengahkan masa, wanita bernama Farah Putri Mulyani itu terus menyelam dan berenang ke arah lelaki yang sedang lemas tersebut dan berjaya membawanya naik ke atas.
Lelaki itu yang tercungap-cungap kemudian membantunya keluar dari sungai berkenaan dan Farah mengambil kesempatan tersebut untuk menasihati orang ramai agar lebih berhati-hati ketika bermandi-manda di sungai.
Kejadian ini menyedarkan saya bahawa orang ramai perlu lebih peka dengan bahaya ketika mandi di air terjun. Air sungai boleh jadi sangat dalam dan tanpa arus untuk membantu anda berenang, ia akan menjadi lebih bahaya terutamanya jika anda tidak begitu pandai berenang.
Malaysian tourist Farah Putri Mulyani saved a Sri Lankan local from drowning after he stepped into deep waters.
She noticed the person struggling and without any second thought she jumped in to save the person.
— Kumar Manish (@kumarmanish9) February 14, 2025
Keberanian Farah dan tindakannya membantu mangsa dengan sekelip mata mendapat perhatian dan dipuji ramai pengguna media sosial.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.