Baru Nak Buka Susu Kotak, Sekali Terpercik Kena Muka Anak

Trending

Baru Nak Buka Susu Kotak, Sekali Terpercik Kena Muka Anak

Seperti yang kita tahu, kehadiran anak dalam sesebuah keluarga itu mampu mengubah suasana keluarga dirumah. Mana tidaknya, ada saja telatah dan gelagat mereka ini yang mampu mencuit hati orang ramai.

Telatah dan gelagat kanak-kanak ini selalunya mampu untuk menghiburkan hati orang di sekeliling mereka. Pasti riuh dan kecoh suasana rumah dibuatnya, tidak sah kalau dalam sehari tiada perkara mereka lakukan yang menjadi hiburan bagi ahli keluarga.

Advertisement

3 bulan lalu

Kanak-Kanak Merajuk Sebab Donut Buat Netizen Terhibur

Tidak dinafikan, kanak-kanak sememangnya mempunyai perangai mereka yang tersendiri dan ibu bapa yang memiliki anak kecil pastinya memerlukan banyak tenaga kerana perlu melayan karenah mereka yang pelbagai ragam.

Antara perkara yang boleh membahagiakan ibu bapa adalah dengan melayan karenah anak-anak. Lebih-lebih lagi apabila mereka sudah pandai membuat mimik muka dan memberikan reaksi di luar jangkaan, sudah pasti akan menghiburkan hari-hari kita kan?

Ayah cuba buka susu kotak depan anak, terus menggelupur anak bila terkena percikan susu di muka

Baru-baru ini tular di laman TikTok, sebuah perkongsian video daripada seorang pengguna yang memaparkan seorang lelaki cuba membuka susu kotak di depan anaknya.

Advertisement

Dalam perkongsian video tersebut, anak lelaki itu duduk bersebelahan dengannya dan hanya memerhatikan tingkah laku ayahnya itu sambil menjeling ke arah kamera.

Lelaki tersebut dilihat sangat gigih mencuba membuka kotak susu itu, dia tidak menggunakan straw malah dia menggigit di bahagian tepi kotak susu tersebut.

Apa yang membuatkan ramai penonton perkongsian video tersebut merasa terhibur adalah apabila susu itu terpercik ke seluruh muka anaknya dan membuatkan si kecil itu terkejut sehingga tidak mampu bersuara.

“Tu lah jeling dekat camera lagi hahaha”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 592.4 ribu tontonan, 27.9 ribu tanda like dan 1 ribu komen. Rata-rata netizen turut terhibur melihat reaksi anak lelaki itu yang pada awalnya sempat membuat ‘muka’.

Susu terpercik ke muka anak

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

 

Susu terpercik ke muka anak

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Ramai juga yang berseloroh mengatakan rupa-rupanya inilah cara untuk memutihkan muka, dengan sekelip mata muka boleh menjadi putih.

Advertisement

Tidak kurang juga yang menasihati lelaki itu supaya tidak melakukan perkara sedemikian kerana agak berbahaya dan takut anaknya lemas apabila terkena percikan susu tersebut.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...