“Baru Makan Dua Suap”, Lelaki Ini Kongsikan Pengalaman Burger Diragut Ketika Kesesakan Lalu Lintas

Kehidupan

“Baru Makan Dua Suap”, Lelaki Ini Kongsikan Pengalaman Burger Diragut Ketika Kesesakan Lalu Lintas

Ini pastinya kisah lain dari yang lain dan jarang sekali berlaku dalam masyarakat. Biasanya yang selalu dengar kes ragut beg atau samun yang dilakukan oleh penunggang motorsikal. Kali ini, burger tepi jalan pun nak dirembat juga!

Menurut China Press, lelaki ini berkongsikan pengalaman berhadapan dengan ‘peragut burger’ yang sedang dimakannya. Semuanya berlaku ketika dia berada di dalam keretanya dan sedang di dalam kesesakan lalu lintas.

Advertisement

Kejadian pada jam 6.44 petang sewaktu dia berada di dalam kereta. Pada mulanya, isterinya meminta dia membeli barang di farmasi berhampiran.

Selepas selesai, dia membeli burger di jual di tepi jalan kerana berasa terlalu lapar. Semasa di dalam kereta, dia memegang burger dengan tangan kanannya semasa memandu di dalam kesesakan lalu lintas itu.

Tahu-tahu sahaja, burger nya itu lesap disambar oleh penunggang motorsikal. Kebetulan memang dia buka tingkap kereta masa itu.

pencuri burger
Yang sedihnya, dia baru sahaja makan dalam dua suap sebelum makanan itu disambar oleh orang lain. Dah lah tengah lapar, kena hadap jalan sesak lagi, boleh pula ada yang ragut makanan.

“Tiba-tiba rasa macam ada yang menolak tangan saya. Bila tengok, burger dah hilang yang ada cuma pembalutnya saja. Ingatkan burger tu terjatuh.”

Disebabkan kejadian itu berlaku semasa dalam kesesakan lalu lintas jadinya dia tak dapat mengejar peragut terbabit. Sebelum ini juga dia pernah nampak kejadian yang sama berlaku di kawasan itu.

Mungkin juga peragut itu ingatkan yang dipegangnya itu telefon bimbit. Tapi dapat rezeki makanan pula. Lepas ni kena hati-hati kalau nak buka tingkap kereta.

Sumber: China Press

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...