Baru Lima Jam Dibuka, Taman Tasik Titiwangsa Sudah Dirosakkan

Trending

Baru Lima Jam Dibuka, Taman Tasik Titiwangsa Sudah Dirosakkan

Selepas ditutup untuk kerja-kerja pembaikan, Taman Tasik Titiwangsa dibuka secara rasminya semalam. Rata-rata ramai yang teruja untuk berkunjung lagi-lagi dengan penambahan beberapa fasiliti yang terbaru.

Baca: Selepas Setahun Ditutup, Taman Tasik Titiwangsa Akan Dibuka Semula

Advertisement

Tetapi malangnya baru sahaja lima jam dibuka, ianya telah dirosakkan oleh mereka yang tak bertanggungjawab.

taman tasik titiwangsa

taman tasik titiwangsa

Perkongsian Facebook yang dikongsi oleh Penolong Pengarah Kanan (Arkitek), Jabatan Pelaksanaan Projek & Penyelenggaraan Bangunan, DBKL, merangkap Project Manager itu mendapat perhatian ramai.

Walaupun baru lima jam dibuka, sudah ada beberapa kerosakan yang berlaku dengan sampah sarap yang dibuang di merata tempat. Antara kerosakan yang dilakukan adalah vandalisma di papan tanda, buang sampah merata-rata dan penggunaan basikal melalui operator tak berlesen.

Advertisement

taman tasik titiwangsa

Bukan itu sahaja, tetapi ada juga individu yang menggunakan operator basikal tak berlesen di pejalan kaki.

Netizen juga meluahkan rasa kecewa mereka melihat sikap segelintir masyarakat Malaysia yang tidak tahu menghargai kemudahan yang disediakan. Malah, ada yang mencadangkan supaya denda dikenakan kepada mereka yang bersalah.

Tak ada bayaran dikenakan untuk berkunjung ke Taman Tasik Titiwangsa, jadi hargailah sebaik mungkin. Untuk yang nak lihat wajah baharu Taman Tasik Titiwangsa, klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: Selepas Setahun Ditutup, Taman Tasik Titiwangsa Akan Dibuka Semula

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...