Selepas ditutup untuk kerja-kerja pembaikan, Taman Tasik Titiwangsa dibuka secara rasminya semalam. Rata-rata ramai yang teruja untuk berkunjung lagi-lagi dengan penambahan beberapa fasiliti yang terbaru.
Baca: Selepas Setahun Ditutup, Taman Tasik Titiwangsa Akan Dibuka Semula
Tetapi malangnya baru sahaja lima jam dibuka, ianya telah dirosakkan oleh mereka yang tak bertanggungjawab.
Perkongsian Facebook yang dikongsi oleh Penolong Pengarah Kanan (Arkitek), Jabatan Pelaksanaan Projek & Penyelenggaraan Bangunan, DBKL, merangkap Project Manager itu mendapat perhatian ramai.
Walaupun baru lima jam dibuka, sudah ada beberapa kerosakan yang berlaku dengan sampah sarap yang dibuang di merata tempat. Antara kerosakan yang dilakukan adalah vandalisma di papan tanda, buang sampah merata-rata dan penggunaan basikal melalui operator tak berlesen.
Bukan itu sahaja, tetapi ada juga individu yang menggunakan operator basikal tak berlesen di pejalan kaki.
Tak ada bayaran dikenakan untuk berkunjung ke Taman Tasik Titiwangsa, jadi hargailah sebaik mungkin. Untuk yang nak lihat wajah baharu Taman Tasik Titiwangsa, klik pautan di bawah.
Artikel berkaitan: Selepas Setahun Ditutup, Taman Tasik Titiwangsa Akan Dibuka Semula