October 3rd, 2018

Turut dikritik gara-gara mengikut jejak langkah Janna Nick dengan menawarkan servis ucapan hari jadi berbayar dengan harga yang lebih rendah iaity RM 20, siapa sangka pelakon Mawar Rashid sudah mampu meraih RM 1,000 dalam masa lima hari.

Bukan sahaja cara untuk mencari rezeki sampingan, kata Mawar perkhidmatan itu juga adalah salah satu cara untuk menghargai peminatnya.

Pada saya idea servis ucapan ini sangat kreatif dan saya sendiri menyokong idea Janna itu. Bagaimanapun, disebabkan jumlah pengikut saya tidaklah begitu ramai, jadi saya tawarkan harga yang lebih rendah. Satu hari saya hanya hadkan kepada 10 servis ucapan sahaja. Alhamdulillah sehingga kini sambutan sangat menggalakkan apabila sudah mengutip lebih dari RM1,000.

Sejujurnya, Mawar tidak kisah sekiranya ada pihak yang tidak berpuas hati mahupun mengecam apa yang beliau lakukan itu.

Sumber Berita : Kosmo

Kredit Foto : Hlovart


14 responses to “Baru Lima Hari, Mawar Rashid Raih RM1000 Untuk Servis Ucapan Hari Jadi”

  1. Minah membawang says:

    Janna nick kte die buat utk tujuan amal,yg ko mawar wt utk tujuan ape?tlg jgn kte amal jgk..nawaitu asal ko nk tmbh dt poket sdri sb tu ikt janna nick,bile janna kte die wt amal,dan2 nti ko pn twist kte ni pn kje amal ko..tlg jgn belakonla weh..tkt kne kecam ktela utk amal,padahallll utk poket sdri

  2. Bimbo says:

    BIM TO THE O.

  3. Anonymous says:

    ARTIS ADA NAMA DI PERSADA MEREKA SENDIRI.SERVICE MACAM NI,IKUT KITA NAK AMBIL KE TAK.MACAM BADUT JUGA,NAK NAMPAK MERIAH BAYAR UNTUK SESUATU MAJLIS,
    ARTIS = BAYAR LA KALAU NAK UCAPAN

    CUBA ARTIS ANTARABANGSA KALAU SATU UCAPAN RM20,KORANG NAK TAK DIE BAGI UCAPAN PADA KEKASIH ATAU ORANG TERSAYANG KORANG

  4. Anonymous says:

    sedara mara dn kekawan dia jugak yg wish tu..

Loading...