Baru Keluar Penjara, Lelaki Cekik & Bunuh Ibu Selepas Ditegur Beli Dadah

Trending

Baru Keluar Penjara, Lelaki Cekik & Bunuh Ibu Selepas Ditegur Beli Dadah

Di Maran, Pahang, seorang lelaki bertindak kejam mencekik dan membunuh ibunya sendiri menggunakan sebilah parang. Kejadian yang berlaku di sebuah rumah di Kampung Pesagi, Chenor awal pagi Khamis lalu menyebabkan mangsa, Mariani Ismail maut dengan kesan tetakan di dahi, mulut, perut dan tangan kanan.

Memetik laporan Kosmo!, suspek merupakan anak sulung daripada 9 beradik dan baru sahaja keluar penjara atas kesalahan dadah pada Mac lalu.

Advertisement
Foto: Kosmo!

Lapor sumber lagi, sebelum kejadian, mangsa pernah menasihati suspek supaya tidak membeli dadah lebih-lebih lagi apabila permohonan pengeluaran i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) suspek diluluskan.

“Suspek dikatakan seperti merancang kejadian pembunuhan apabila dia bertindak menutup pintu dan lampu luar selain memakai parang yang baru dibelinya di pinggang.

Selepas kejadian, suspek juga dilihat masih tenang dan bagaikan tiada perasaan apabila memberitahu tindakannya itu adalah atas suruhan ibunya sendiri.”

Ketika kejadian, mangsa sedang tidur bersama cucunya yang berusia 10 tahun sebelum didatangi suspek.

Suspek bertindak menyerang dengan mencekik mangsa menyebabkan wanita itu mengarahkan cucunya menyelamatkan diri.

“Nasib baik cucu mangsa dapat membuka pintu dan berlari ke rumah salah seorang anak perempuan mangsa yang tinggal bersebelahan.”

Anak perempuan mangsa yang segera bergegas ke rumah tidak berani masuk apabila melihat suspek berada di tepi pintu memegang parang. Dia kemudiannya menghubungi adik beradik lelaki yang lain.

Advertisement

Setibanya di rumah, anak kelima, Firdaus Ahmadiah meluru masuk dan memapah ibu yang sudah tidak dapat bergerak dengan kesan kecederaan yang serius.

“Saya bertanya kenapa abang buat ini (terhadap ibu) dan dia memberitahu bahawa ibu yang suruh dia bunuh.”

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Othman Nayan, siasatan awal mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.

“Hasil soal siasat awal mendapati suspek mengaku menggunakan parang menetak mangsa setelah berhalusinasi mendengar bisikan suara halus yang menyuruh dia berbuat demikian.”

Katanya lagi, suspek kini direman sehingga 5 Mei depan untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...