Sedia maklum, drama Perempuan Itu ketika ini sedang viral di platform media sosial dan menjadi bualan utama para warganet membincangkan plot dalam drama terbabit.
Terbaru, setelah Emir berpisah dengan isteri pertama dan mengahwini wanita simpanannya, Sera, perkahwinan mereka tidaklah bahagia seperti yang dibayangkan. Malah, Emir turut tidak dapat melupakan Khalish dan hal itu sememangnya membuatkan perkahwinan mereka kini goyah.
Situasi tersebut sememangnya membuat ramai penonton berasa puas hati kerana melihat kejatuhan Sera yang dianggap sebagai penyondol dalam perkahwinan pertama Emir.
Bahkan ada juga berkata akhirnya Sera merasai perasaan Khalish sewaktu berada dalam perkahwinan di mana suami berlaku curang dengan wanita lain.
Dalam pada masa yang sama, ada juga beberapa netizen yang mengambil ikhtibar daripada drama babak tersebut dengan tidak menganggu rumah tangga orang lain kerana pasti akan ada alasan.