“Baru Kahwin Dia Dah Minta Diceraikan” – Along Cham Dakwa Afreena Bersekedudukan Dengan Bekas Suami, ‘Plan’ Nak Nikah Semula

Hiburan

“Baru Kahwin Dia Dah Minta Diceraikan” – Along Cham Dakwa Afreena Bersekedudukan Dengan Bekas Suami, ‘Plan’ Nak Nikah Semula

Pelawak dan pelakon Along Cham hari ini mendedahkan bahawa isterinya, Afreena Suhaimi yang mula-mula membuat provokasi dan meminta untuk dilepaskan.

Along berkata bergitu pada perbicaraan cerai taklik yang berlangsung hari ini di mana dia mendakwa Afreena beberapa kali minta agar diceraikan walhal ketika itu mereka baru sahaja beberapa bulan berkahwin.

Advertisement

Defendan (Afreena) suka ketika saya lafaz taklik dan bercerai dengan saya. Bukan sekali dia minta cerai dan lakukan provokasi. Memang tiada niat nak bercerai.

Along Cham

Kredit: Kosmo

Siapa tak marah, baru kahwin berapa bulan tetapi isteri minta cerai. Saya marah dan sedar ketika itu (lafaz taklik).

Terdahulu, pelawak berusia 42 tahun itu akui telah melafazkan taklik ketika dirinya berada dalam keadaan sedar tanpa sebarang pengaruh bahan terlarang dan juga telah diprovokasi beberapa kali oleh Afreena.

 

Afreena didakwa tinggal sebumbung dengan bekas suami

Along juga turut menyerahkan bahan bukti berbentuk rakaman suara isterinya yang didakwa berlaku curang pada prosiding hari ini.

Dakwa pelawak itu, Afreena bukan sahaja bersekedudukan di sebuah rumah yang dibelinya tetapi juga sudah merancang untuk kembali berkahwin dengan bekas suami hasil perkahwinan keduanya.

Audio itu adalah rakaman daripada rakan baiknya sendiri tentang kecurangan dia. Malah dia ada rancangan untuk berkahwin balik dengan bekas suami itu selepas mereka bercerai talak tiga sebelum ini.

Afreena Suhaimi

Anak ada cuba maklumkan tapi dia ‘potong’ cakap budak-budak merepek. Ini juga menjelaskan perkara itu berlaku perlanggaran taklik kerana curang dan penipuan.

Mahkamah Rendah Syariah Sepang menetapkan tarikh 14 dan 18 Ogos depan untuk prosiding pengesahan lafaz cerai taklik Along terhadap isterinya, Afreena Suhaimi.

1 day ago

Isteri Along Cham Bukan Ibu Tiri Kejam, Hanya Kongsi Perkembangan Anak Kepada Zila Saeron - "Dah 8 Tahun Dia Tak Jumpa Anaknya"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo!

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...