Semasa berlangsungnya majlis perkahwinan penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari dan suaminya Tiko Aryawandhana, telah tular sebuah video di media sosial memaparkan Bunga dan suami di after party mereka yang telah mengundang keceman dari para netizen.
Video yang mendakwa Bunga dan pasangannya sedang menikmati minuman keras itu juga membuat seorang penerbit terkemuka, David Teo terpanggil untuk memberi padangannya. Kata David, dia menasihati penyanyi tersebut agar tidak lalai hingga mendatangkan persepsi buruk terhadap diri sendiri.
Bersuka ria selepas majlis pernikahan pasti ada sebabnya.
Tapi janganlah lalai dengan hiburan yang pasti ada terselitnya keburukan. Masih ada peluang untuk jadi yang lebih baik.
View this post on Instagram
Kata David melalui hantaran dia laman Instagram peribadinya, dia menasihati pasangan tersebut agar mengawal diri supaya tidak menyerlahkan keburukan kepada para peminat. Namun pada masa yang sama, David juga faham mereka ingin meraikan hari istimewa sebagai pengantin baru.
Bukan itu sahaja, di ruangan komen hantaran yang sama, netizen turut kecewa dengan tindakan Bunga yang menormalisasikan budaya barat. Kata mereka, sebagai orang Islam, perbuatan haram tetap tidak patut ditunjuk-tunjuk.