Baru Kahwin 3 Hari, Lelaki Ditangkap Basah Dengan Ibu Mentua Tanpa Seurat Benang – “Pernah Kantoi Berbalas Mesej Lucah”

Kehidupan

Baru Kahwin 3 Hari, Lelaki Ditangkap Basah Dengan Ibu Mentua Tanpa Seurat Benang – “Pernah Kantoi Berbalas Mesej Lucah”

Apabila seseorang itu mendapat tahu pasangan hidup yang mereka cintai berlaku curang sememangnya sukar untuk menggambarkan pedih dan perit rasa di hati.

Apatah lagi jika kecurangan suami atau isteri mereka itu adalah bersama seseorang yang mempunyai pertalian darah, ahli keluarga sendiri.

Advertisement

2 years ago

"Ni Baru 1% Bukti" - Sampai Terlucut Tuala, Isteri Serbu Suami Tengah Sedap 'Projek' Dengan Pelac*r

Kisah tentang seorang wanita dari Indonesia bernama Norma tular di media sosial selepas dia menceritakan bagaimana suaminya kantoi curang bersama ibu kandungnya.

Lebih menyedihkan, suami yang baru dinikahinya selama tiga hari itu telah ditangkap basah bersama ibu kandung Norma dalam keadaan tanpa seurat benang di badan.

Perkongsian Norma menerusi satu sesi podcast meraih perhatian ramai selepas dia akhirnya meluahkan keperitan yang dilalui apabila mendapat tahu tentang kecurangan itu.

Ceritanya, selepas perbuatan mereka kantoi Norma teringat kejadian di mana kedua-dua tersebut pernah kantoi membalas mesej berunsur seksual antara satu sama lain sebelum berkahwin, pada tahun 2020.

Kata Norma lagi, dia terpaksa menerima realiti itu bahawa suami dan ibunya telah melakukan perkara terkutuk malah lebih teruk, kedua-duanya pernah berzina ketika bulan puasa.

Disebabkan skandal tersebut, bapanya membuat keputusan untuk melafazkan talak dan Norma juga turut berpisah dengan suaminya serta meminta ganti rugi.

Kisah keluarga ini menjadi bualan hangat netizen di media sosial negara seberang dan di Malaysia selepas pendedahan Norma tentang itu tular di TikTok.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...