“Baru Je Umum..” – Laman Web KWSP ‘Down’, Pencarum Gagal Akses Akibat ‘Trafik Sesak’

Berita

“Baru Je Umum..” – Laman Web KWSP ‘Down’, Pencarum Gagal Akses Akibat ‘Trafik Sesak’

Berita tentang pengumuman mengenai pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 boleh dikatakan sebagai khabar berita gembira buat rakyat Malaysia.

Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah membuat pengumuman gembira itu pada tengah hari tadi dan rata-rata netizen tampil lauhkan rasa lega di media sosial.

Advertisement

Melalui laporan mStar, selepas setengah jam berita itu diumumkan, laman web rasmi KWSP telah mengalami kesukaran untuk diakses oleh pencarum.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ismailsabri60 (@ismailsabri60)

Selain laman web rasmi KWSP, aplikasi i-Akaun juga mengalami masalah yang sama iaitu tidak dapat dimasuki oleh para pencarum.

Difahamkan menerusi mStar, masalah itu berlaku atas sebab trafik sesak dalam laman web serta aplikasi terbabit selepas pengumuman dari PM.

Sekadar info, kerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran caruman KWSP sebanyak tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM101 bilion.

KSWP
2022-03-16 14:23:26

"Kerajaan Bersetuju Benarkan Pengeluaran Khas KWSP Sebanyak RM10,000" - Ismail Sabri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

“Baru Je Umum..” – Laman Web KWSP ‘Down’, Pencarum Gagal Akses Akibat ‘Trafik Sesak’ Beautifulnara -Terkini dan Sensasi

Beautifulnara -Terkini dan Sensasi, Gosip, Berita, Informasi & Video Viral Selebriti Malaysia Tempatan