Personaliti TV, Kelly Azman meluahkan rasa jengkel terhadap kumpulan penyanyi baru yang dikatakan berperangai tidak elok meskipun masih setahun jagung di dalam industri hiburan.
Menerusi laman sosial Threads, Kelly membuat hantaran tentang hal tersebut dan mendakwa hanya dua daripada keseluruhan kumpulan itu yang mempunyai adab.
Hey dalam group kau tu dua ni je yang ada adab dan tak sombong yang aku kenal dari dulu sampai sekarang. Yang lain tu kau takyah nak feeling lah.
Hantaran itu menerima komen daripada sesetengah netizen di laman sosial tersebut. Ada yang tertanya siapa kumpulan dimaksudkan Kelly namun segelintir individu dilihat menyebut nama kumpulan lelaki baru, Alpha.
Meskipun dia tidak menyebut nama mana-mana pihak, namun terdapat peminat yang berharap agar kumpulan yang dimaksudkan oleh Kelly itu bukanlah Alpha.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.