‘Baru Intro, Anak Duk Ulang’ – Peminat Teruja Nak Dengar Tepuk Amai-Amai Versi Siti Nurhaliza

Hiburan

‘Baru Intro, Anak Duk Ulang’ – Peminat Teruja Nak Dengar Tepuk Amai-Amai Versi Siti Nurhaliza

Umum sedia maklum, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza kini sedang sarat hamil anak kedua. Untuk kehamilan kali ini, Siti mendedahkan dia bakal menimang seorang cahaya mata lelaki. Difahamkan kandungan Siti sudah pun mencecah usia 7 bulan.

Untuk kelahiran pertama, Siti telah mengeluarkan single Comel Pipi Merah ditujukan khas buat permata hati, Siti Aafiyah. Seperti yang dijangkakan, single tersebut mendapat sambutan hangat.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Terbaru, Siti menerusi Instagram memaklumkan bakal mengeluarkan buah tangan terbaru, single lagu kanak-kanak, Medley Klasik Siti. Menurutnya lagi, album penuh akan menyusul pada April 2021.

Di ruangan komen, ramai yang teruja dan tidak sabar menantikan pelancaran lagu dua hari lagi. Mana tidaknya, intro je dah buat ramai jatuh hati! Sedap sungguh.

Tambah Siti lagi, buah tangan tersebut khas buat anak-anak serta generasi akan datang. Khazanah klasik kanak-kanak adalah sesuatu yang harus dipelihara supaya tidak lapuk ditelan zaman.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...