Doktor pergigian yang juga pempengaruh media sosial, Dr Fie Tawfek kembali menjadi perhatian ramai selepas tamat tempoh iddahnya baru-baru ini.
Dr Fie atau nama penuhnya Afifah Hidayah Ahmad Tawfek mendedahkan media sosialnya kini dipenuhi mesej daripada lelaki yang cuba mendekatinya sejak kebelakangan ini.
Menurutnya, walaupun ada yang cuba ‘merisik’ secara tidak langsung menerusi media sosial, namun sehingga kini belum ada sesiapa yang datang merisik secara rasmi melalui keluarganya.
“Dulu tak ada pula macam ini, sejak kebelakangan ini saja. Merisik di media sosial itu mungkin ada, tapi merisik secara formal itu tidak ada lagi. Saya rasa mungkin mereka tahu saya sudah habis idah.”
Dr Fie turut mengakui ramai lelaki yang menawarkan diri untuk menjadi pengganti, namun dia memilih untuk lebih berhati-hati dalam soal memilih pasangan selepas melalui pengalaman perpisahan sebelum ini.
“Dekat media sosial semua orang oleh cuba sekarang, cuma kita tak percaya sangat. Tapi kalau Allah kata jodoh jumpa dekat media sosial, kita nak cakap apa kan. Cuma bila pernah berpisah saya lebih berhati-hati sebab kita pernah ada pengalaman, tapi tak adalah rasa macam tak nak langsung.”
Dalam masa sama, Dr Fie berkata dia kini lebih selesa memberi tumpuan kepada kerjaya serta menguruskan anak-anaknya terlebih dahulu.
“Kita enjoy single dulu. Saya sibuk memberi fokus kepada kerjaya dan perniagaan saya. Sebab ramai yang mula bertanya sama ada saya masih doktor gigi atau tidak sebab sekarang muka saya sering ada di media sosial.”
Untuk rekod, Dr Fie pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Nubhan pada 29 Ogos 2015 sebelum pasangan itu sah bercerai dengan talak dua pada Disember 2026.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

