“Baru Faham Perasan Mak..” – Emma Maembong Teruja Anak Sebut Perkataan Pertama

Hiburan

“Baru Faham Perasan Mak..” – Emma Maembong Teruja Anak Sebut Perkataan Pertama

Pelakon jelita Emma Maembong berkongsi detik kegembiraan apabila anak lelakinya Shariq Gabriel yang sudah pandai menyebut perkataan ‘Mama’ dengan sempurna.

Emma Maembong
3 years ago

Ke Cameron Highland Atas Urusan Kerja, Emma Maembong Bawa Suami, Anak Dan Pembantu Rumah Ambil Angin

Advertisement

Emma atau nama sebenar Fatimah Rohani binti Ismail mengakui dia menitiskan air mata gembira selepas anak yang berusia 11 bulan itu menyentuh naluri keibuannya.

Emma Maembong

Menerusi hantaran di laman sosial Instagram, Emma turut memuat naik rakaman video Shariq menyebut perkataan tersebut yang dirakamkan oleh pembantu rumahnya.

Tengah kerja semalam tiba-tiba maid hanta video. First time Shariq sebut Mama dgn betul. Selama ni mamama biasa je. Allah sampai menangis dengar.

Pelakon Kimchi Untuk Awak itu mengakui dia dibuai emosi kerana Shariq merupakan anak pertama hasil perkahwinannya bersama suami.

Menerusi video perkongsian yang berdurasi lapan saat itu, Shariq kelihatan sangat comel menyebut perkataan ‘Mama’ sambil meniarap dan cuba untuk merangkak.

Baru faham perasan mak excited macam mana bila anak dia mula bercakap. First baby kan biasa la emo lebih sikit. And anak saya dah 11 bulan. Cepat je rasa dah besar.

Sementara itu, ramai rakan artis dan peminat yang memberikan pujian dan turut rasa teruja melihat anak lelaki Emma yang sudah memanggil ibunya itu. Emma mendirikan rumah tangga bersama suaminya Shazli yang merupakan seorang juruterbang pada 20 Febuari 2020.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...