Pelakon dan pengacara sensasi Janna Nick akui bukan mudah untuk menggalas tugas sebagai pengacara rancangan berbentuk ilmiah berbanding rancangan berbentuk hiburan yang pernah dikendalikannya sebelum ini.
Janna Nick atau nama sebenar Nurul Janna Muner mendedahkan bahawa dia hampir menitiskan air mata ketika mula-mula mengendalikan program ilmiah Banteras Covid-19. Pendedahan tersebut dibuat melalui beberapa hantaran yang dimuat naik dalam InstaStory miliknya.
Mula-mula nak menangis buat program ilmiah (Banteras Covid-19). Sebab rasa susah dengan segala fakta, nombor, persekitaran yang panas dan ramai orang tengok.
Pelakon drama Marry Me Senorita itu bagaimanapun bersyukur apabila akhirnya dia dapat membiasakan diri dan selesa mengendalikan rancangan itu secara out door untuk beberapa episod.
Janna, 26, turut lebih memahami cabaran yang perlu dilalui para petugas media seperti wartawan apabila perlu menyampaikan maklumat secara stand upper di sesebuah lokasi.
Melalui perkongsian hantaran itu juga, kekasih kepada pelakon Dini Schatzmann itu turut melahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada Allah SWT kerana memudahkan urusannya untuk mengendalikan program Banteras Covid-19 itu terutama cabaran dalam menghafal skrip.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.