Baru Empat Hari Ditayangkan: Polis Evo Raih Kutipan 2.5 Juta

Hiburan

Baru Empat Hari Ditayangkan: Polis Evo Raih Kutipan 2.5 Juta

Lakonan mantap Shaheizy Sam dan Zizan Razak serta jalan cerita yang penuh dengan aksi sambil menerapkan elemen komedi nampaknya telah berjaya menarik perhatian ramai untuk menonton filem Polis Evo .

Advertisement

Baru sahaja ditayangkan selama empat hari, filem tersebut telah berjaya meraih kutipan sebanyak RM2.5 juta. Satu pencapaian yang agak membanggakan dan sekaligus ia membuktikan ramai lagi yang masih menyokong filem tempatan.

Berdasarkan komen positif mereka yang sudah menonton filem Polis Evo, sambutan terhadap filem berkenaan akan lebih baik selepas ini dan jika ia berterusan tidak mustahil ia boleh meraih kutipan lebih tinggi selepas ini.

Polis Evo merupakan filem bergenre aksi dan ia memaparkan kisah dua anggota polis,  Khai (Shaheizy Sam) dan Sani (Zizan Razak) yang mempunyai personaliti yang sangat berbeza tetapi mereka harus bekerjasama untuk menjatuhkan sebuah operasi pengedaran dadah di negeri Terengganu.

Jadi siapa yang belum menonton filem Polis Evo ini jangan tunggu sampai keluar di Astro First kerana anda hanya boleh rasa debaran dan setiap aksi didalam filem tersebut hanya di panggung. Sekali sekala, apa kata kita sokong pula karya anak tempatan yang mempunyai kualitinya tersendiri.

Sumber Berita: Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...