Baru Dua Tahun, Anak Kylie Jenner Pakai Beg Sekolah Jenama Hermes Bernilai RM49 Ribu

Trending

Baru Dua Tahun, Anak Kylie Jenner Pakai Beg Sekolah Jenama Hermes Bernilai RM49 Ribu

Dilihat langung tidak kedekut untuk membelanjakan wangnya kepada Stormi Webster, Kylie Jenner difahamkan telah membelanjakan sejumlah wang yang agak besar hanya untuk membeli sebuah beg sekolah buat anak tunggalnya itu.

Baru Dua Tahun, Anak Kylie Jenner Pakai Beg Sekolah Jenama Hermes Berharga RM42 Ribu

Advertisement

Melihat dengan lebih teliti, beg sekolah yang dipakai Stormi yang baru berusia dua tahun itu berwarna merah jambu dan merupakan koleksi daripada jenama mewah terkenal dunia, Hermes.

Menerusi foto yang dimuat naik di Insta Storynya tempoh hari, Kylie tampil mempamerkan aksi comel Stormi menggayakan beg sekolah tersebut pada hari pertama sesi persekolahannya.

Baru Dua Tahun, Anak Kylie Jenner Pakai Beg Sekolah Jenama Hermes Berharga RM42 Ribu

“Hari pertama bersekolah,” katanya.

Bagaimanapun, setelah dihitung oleh ‘polis fesyen’, beg Hermes yang digalas anak buah Kim Kardashian ini dianggarkan bernilai sekitar RM49, 000 ($12,000).

Malah, apa yang lebih mengejutkan, anaknya itu hanya bersekolah di rumah sahaja, namun tidak terlepas untuk tampil bergaya persis ibunya.

Terdahulu, gempar di seluruh dunia apabila Forbes mengumumkan Kylie sebagai Orang Kaya Termuda dunia dengan aset menghampiri AS$900 juta (RM3.8 bilion) tahun lalu. Namun bergitu, Forbes mengumumkan menarik semula gelaran bilionair itu kerana beliau didakwa memalsukan keuntungan sebenar syarikat kosmetik yang dimilikinya.

Sumber: Gempak, BuzzFeed, Mirror UK

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...