Baru Dua Jam Lahir, Bayi Dijangkiti Covid-19 Meninggal Dunia

COVID-19

Baru Dua Jam Lahir, Bayi Dijangkiti Covid-19 Meninggal Dunia

Di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar Kedah, seorang bayi yang dilahirkan pramatang enam bulan meninggal dunia selepas dua jam dilahirkan kerana dijangkiti Covid-19.

Ibu, Azreen Farina Azmi, yang positif wabak selamat melahirkan bayi kira-kira pukul 5 pagi namun bayi disahkan meninggal dunia jam 7 pagi.

Advertisement

4 bulan lalu

Jururawat Positif Covid-19 Meninggal Dunia Selepas Bersalin Anak Sulung

Memetik laporan Utusan Malaysia, bapa, Jalil Mohd. Taha yang masih dikuarantin di rumah berasa sangat terkilan kerana tidak dapat ke hospital dan menatap wajah bayi.

bayi meninggal dunia

Foto: Harian Metro

Menurutnya, pada 28 Julai lalu dia menghantar isteri ke sebuah pusat bersalin swasta di Jitra selepas isterinya mengadu sakit hendak bersalin.

Selepas menjalani ujian saringan di pusat bersalin itu, isteri didapati positif wabak dan dihantar ke HSB untuk rawatan lanjut. Dia difahamkan isteri berada di tahap empat namun masih lagi sedar.

Advertisement

“Isteri saya menerima rawatan di HSB sehingga isteri saya bersalin pada pukul 5 pagi semalam (kelmarin).”

Keadaan kesihatan isteri dilaporkan stabil selepas selamat melahirkan bayi. Mereka walau bagaimanapun reda dengan pemergian anak kelima itu meskipun tidak dapat menatap wajahnya.

Sementara itu, Penolong Pegawai Operasi Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Leftenan (PA) Mohd. Shukri Shuib yang menguruskan pengebumian di daerah Kubang Pasu dan Kota Setar, tidak dapat menahan sebak ketika memangku jasad yang diletakkan dalam polibeg itu. Sangat sukar untuknya melupakan detik itu kerana terkenang anak-anak yang berada di rumah.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...