Sebelum ini, pelakon Zara Zya didakwa telah dirisik oleh seorang jejaka yang tidak diketahui identitinya selepas tular mengenai sebuah foto memaparkan dirinya sedang menyarung cincin.
Difahamkan, majlis merisik itu dilakukan secara sederhana dan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat di kediamannya.
Baru-baru ini, tular pula mengenai sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok memaparkan Zara memakai baju pengantin songket.
Susulan itu, perkongsian video tersebut telah mengundang tanda tanya orang ramai sama ada pelakon berusia 37 tahun itu sudah bernikah.
Bukan itu sahaja, pemilik video berkenaan turut mengucapkan tahniah kepada Zara dan jejaka digelar ‘Mr. N’ selain memaklumkan majlis pernikahan itu telah diadakan secara tertutup.
Majlis tertutup, selamat pengantin baru Zara Zya dan Mr. N. Bertunang sehari esok terus nikah. Semoga bahagia hingga jannah, amin.
@zd_lover MAJLIS TERTUTUP .. selamat pengantin baru .. Zara Zya & Mr. N .. bertunang sehari esok terus nikah … smoga bahagia till jannah .. amin ?????? #fyp #fypdongggggggg #MakeupArtist #tv3malaysia #mstaronlineofficial #beritaharian
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat telah meluahkan rasa terkejut dengan khabar berita berkenaan dan tidak menyangka Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia binti Mohd Zainuddin sudah bergelar isteri.
Malah, ramai juga yang mengucapkan tahniah buat pasangan pengantin tersebut dan mendoakan kebahagiaan mereka.
Namun, ada juga netizen yang mendakwa video berkenaan hanyalah gimik drama terbaharu Zara Zya dan meneka jejaka N yang dimaksudkan adalah pelakon Niezam Zaidi.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.