Baru sahaja hendak reda isu lagu lucah dan dipuji serta mendapat sokongan kerana menyanyikan lagu nasyid yang menenangkan jiwa, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi dikecam teruk kerana menggelar anak-anaknya seperti pengemis.
Apa yang membangkitkan kemarahan netizen ialah Aliff seolah-olah ingin tunjuk hanya diri dan wajahnya sahaja ‘nampak elok’.
Meskipun niat beliau hanya sekadar ingin bergurau, rata-rata netizen bagaimanapun menegur agar Aliff menjaga percakapan beliau. Iyalah, kata-kata kita ibarat satu doa dan sebagai seorang bapa cakaplah perkara baik-baik sahaja kepada anak-anak.
Harapnya Aliff dapat menerima teguran ini dengan hati yang terbuka, jangan rasa tertekan pula ya. Sebelum memuat naik sesuatu fikirlah dahulu agar tidak mengundang salah faham.