Dua kanak-kanak berusia 12 tahun diberkas diberkas dalam operasi penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) semalam ketika sedang berlumba haram di Jalan Ampang dan Jalan Sultan Ismail, semalam.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, dua kanak-kanak itu dikesan terbabit dalam aktiviti perlumbaan haram di sekitar ibu kota dan pihaknya sudah memanggil ibu bapa kedua-dua kanak-kanak untuk membantu siasatan.
Pihak JPJ sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap ibu bapa kanak-kanak terbabit kerana membenarkan anak-anak mereka menunggang motosikal.
Kedua-dua kanak-kanak tersebut juga didapati menunggang motosikal yang sudah diubah suai secara haram, termasuk pada bahagian ekzos dan sistem brek.
Ini amat membimbangkan kerana bukan sahaja mereka masih di bawah umur, tetapi motosikal yang ditunggang juga telah diubah suai secara tidak sah.
Sebanyak 19 motosikal telah disita kerana didapati diubah suai struktur, enjin, dan ekzos dan 196 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam operasi terbabit.
Tambah Aedy, antara kesalahan paling banyak direkodkan adalah menunggang motosikal tanpa lesen sah dan pengubahsuaian jentera secara haram.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.