“Baru Dapat Kunci” – Teman Lelaki Hadiahkan Zarina Anjoiulie Rumah Di Kawasan Elit

Hiburan

“Baru Dapat Kunci” – Teman Lelaki Hadiahkan Zarina Anjoiulie Rumah Di Kawasan Elit

Sebelum ini, pempengaruh media sosial dan pelakon iaitu Zarina Anjoulie kini dikatakan sedang menjalinkan hubungan bersama kekasih baru, Datuk Seri Khazrul Elzey.

Baru-baru ini, teman lelakinya telah memuat naik sebuah hantaran di Instagram Story memaparkan sebuah rumah yang dihadiahkan untuk Zarina atau lebih mesra disapa Anju.

Advertisement

Apa yang menjadi perhatian orang ramai ialah rumah tersebut juga dibeli untuk anak lelaki kepada pelakon berusia 35 tahun itu iaitu Martin dan anak perempuannya, Julia Sharapova.

Mama, Papa hadiahkan untuk Mama, Martin & Pova. Syukur nikmat Allah!

Menerusi video tersebut, Datuk Seri Elzey dilihat menaiki kereta buggy golf di sebuah kawasan perumahan elit.

Semoga Allah merahmati kita sekeluarga! I love you mama.

Bukan itu sahaja, Elzey turut memaklumkan sudah mengambil kunci rumah berkenaan dan bakal diserahkan kepada teman wanitanya.

Baru dapat kunci rumah dan Anju dapat hadiah rumah.

Terdahulu, Anju meminta orang ramai untuk tidak meninggalkan komen-komen merapu mengenai hubungannya bersama teman lelaki serta merasakan dirinya berhak untuk berasa bahagia.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Zarina anjoulie dan teman lelaki baru
1 year ago

"Tak Perlu Komen Merapu Dekat Page FB Dia" - Ramai Tunggu Zarina Anjoulie 'Break-Up' Dengan BF?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...